Tuesday 1 May 2012

TABIAT MASYARAKAT KITA

TISU TOILET & MANGKUK TANDAS

Ape yg anda rasakan bila masuk ke dalam toilet, kemudian tengok ada beberapa helai tisu tandas yg bersepah di atas lantai & ada yg tersumbat dlm lubang atau mangkuk tandas ... ?? 

Mungkin situasi ini biasa & sentiasa berlaku di mana-mana tandas di Malaysia ini. Misalnya di R&R, airport, shopping complex dll..Ya, itulah dia salah satu TABIAT MASYARAKAT KITA....Saya rasa pelek & hairan adakah susah untuk membuang tisu tandas yang telah digunakan oleh diri sendiri ke dalam tong sampah yg telah disediakan....?? Sedangkan, tong sampah tersebut juga disediakan di dalam tandas yg sama & bukannya di luar tandas atau di luar kawasan tersebut...

Apa yg saya nampak disini, ada satu bangsa ini yang paling gemar melakukan tabiat tersebut....Dimanakah letaknya sikap keprihatianan anda sebagai seorang manusia...Tidak kah anda terfikir bahawa tabiat anda itu akan menyumbangkan kesusahan kpd orang lain seperti cleaner & pengguna seterusnya...

Saya terfikir, mungkinkah golongan ini mengejar masa sehingga tidak sempat membuang tisu tandas ke dalam tong sampah ATAU mungkin juga tisu tersebut terjatuh semasa ingin menggunakannya ATAU sebenarnya geli untuk membuka penutup tong sampah....?? 



PENILAIAN MANUSIA TERHADAP MANUSIA YANG LAIN

Pernah tak korang pergi membeli belah ? Mesti la pernah kn...Ok, pernah tk time korang nk beli brg tp tuan punye kedai tk berapa nk layan korang sgt ? Maksud nye, mcm nak tak nak layan jer...Hahhh...ade kn...saya pasti ramai yg pernah merasai detik2 tersebut...Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan pekerja atau bos-bos atau tokey kedai atau pemilik kedai hanya akan memberikan layanan yg TIP TOP & layanan yg TERBAIK sekiranya korang :

(1) Datang ke kedai tersebut naik kereta, tk kiralah kereta ape pun, janji ado kereta (lg mewah lg bagus)
(2) Pakai baju/kasut/jam tangan/handbag & tali pinggang yg jenama (klass kau maria). 
(3) Kalo perempuan, cara bawak handbag mesti ala-ala mak datin gitu (melambangkan korang byk pitih)
(4) Kalo lelaki, pastikan sangkut handphone korang kat tepi pinggang tu haa (tanda kekayaan)
(5) Tudung pulak yg jenis berbatu-batu 5 atau 6 tingkat...jenis yg bermanik2 ker, janji berkelip-kelip mata bile dipandang...(kasi silau mata tokey kedai tu)
(6) Make up tebal2 mcm nk pegi anugerah skrin tu haa...(lambang korang pandai jaga penampilan)


Ok...tips di atas adalah sekiranya korang nk dpt layanan TERBAIK lah...so, jgn lah sekali-sekala korang pakai seperti di bawah ini, kelak korang akan keluar dari kedai tu dgn perasaan geram, marah, sumpah seranah, dll.

(1) Pakai selipar jepun, baju t-shirt (yg biasa pakai kt rumah tu @ baju sedap) dgn seluar track..(lg simple ,lg korang tk dipandang & dilayan)
(2) Muke tanpa sebarang solekan (melambangkan korang org kampong yg tk pandai jaga penampilan)
(3) Bawak pulak payung beso masuk kedai dia...(ingat ceti ker nk bawak2 payung)
(4) Badan yg berpeluh-peluh (peluh sbb jauh berjalan dgn harapan dpt beli brg yg diinginkan tp....)

Inilah dia cara manusia membuat penilaian terhadap seseorang. Situasi ini sering kali berlaku terutamanya terhadap org kampung mcm makcik2, pakcik2 yg serba tahu tentang dunia moden...Apa yg saya katakan disini berdasarkan pemerhatian & pengalaman saya sendiri....Anda semua hanya akan dipandang jika kaya-raya, ada kereta besar, pekerjaan yg bagus, menantu yg hebat, keluarga yg ternama, banyak pengaruh dll.  

Monday 13 February 2012

MENGENALI SEJARAH

Sumber Arkib Negara Malaysia: Akhbar Majlis, 18 Oktober 1947, 

"Hidup Melayu Perlu Bersatupadu" - Dato' Onn

Saturday 11 February 2012

LATIHAN PENGUKUHAN TING 4

SOALAN ESEI

FORUM

Gambar rajah : “Siapa salah?”, Majalah Guru,  Mei 1953, hlm. 184
            Keterangan teks:
            Tanah Melayu
            Awan                : Universiti
            Lelaki kiri          : Penuntut asing
            Lelaki kanan      : Penuntut Melayu
            Lelaki bawah     : Desakan masa.
  
Para pelajar telah mempelajari tentang dasar British di Tanah Melayu dan kesan-kesannya dalam Bab 10, ingkatan 4. Oleh itu, berdasarkan gambar rajah diatas, pelajar dikehendaki memberikan pendapat ataupun komen mengikut pandangan dan kefahaman masing-masing. 

LATIHAN PENGUKUHAN 5

Latihan Bab 10, Tingkatan 4. 

LATIHAN PENGUKUHAN 4

Modul Tingkatan 4

LATIHAN PENGUKUHAN 3

Modul Tingkatan 5

Saturday 4 February 2012

LATIHAN PENGUKUHAN 2

75 tahun pintu Tanah Melayu terdedah, inilah hasilnya
yang didapati oleh bangsa Melayu..



Perhatian kepada pelajar kelas 5C. Sila buatt  rumusan berkaitan dengan pemahaman anda tentang kerikatur yang dipamerkan diatas. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 250 patah perkataan. Rumusan yang telah lengkap mestilah dihantar kepada saya sebelum 10 Februari 2012. Sekian terima kasih. Selamat Maju Jaya.

Friday 6 January 2012

ISU KEMUNDURAN MASYARAKAT MELAYU

Apa yg anda faham dgn karikatur ini?

Dalam membincangkan isu kemunduran masyarakat Melayu, hanya akhbar dan majalah yg terbit dalam tahun-tahun 1920-1941 sahaja yang dirujuk. Apa yg agak menonjol dalam akhbar dan majalah pada ketika ini adalah kecenderungan tulisan-tulisan mengenai kemunduran yg dilihatt dari sudut sosio-budaya. Rencana-rencana mengenainya rata-rata menyimpulkan berkenaan elemen-elemen yang berunsur negatif dalam sistem sosio-budaya, pola perlakuan ekonomi-politik dan sistem ideologi masyarakat itu. masyarakat Melayu dianggap serba kekurangan kerana terdapatnya elemen-elemen seperti sikap lalai dan lengah, tiada kemahuan yg bersunguh-sungguh dalam mata pencarian, tiada kekuatan cita-cita, kurang kesedaran, berpandangan sempit, berserah pd nasib, taksub, pendengki, kurang semangat tolong menolong, kurang menggunakan akal fikiran, pemboros dan suka berhutang....