Friday 6 January 2012

ISU KEMUNDURAN MASYARAKAT MELAYU

Apa yg anda faham dgn karikatur ini?

Dalam membincangkan isu kemunduran masyarakat Melayu, hanya akhbar dan majalah yg terbit dalam tahun-tahun 1920-1941 sahaja yang dirujuk. Apa yg agak menonjol dalam akhbar dan majalah pada ketika ini adalah kecenderungan tulisan-tulisan mengenai kemunduran yg dilihatt dari sudut sosio-budaya. Rencana-rencana mengenainya rata-rata menyimpulkan berkenaan elemen-elemen yang berunsur negatif dalam sistem sosio-budaya, pola perlakuan ekonomi-politik dan sistem ideologi masyarakat itu. masyarakat Melayu dianggap serba kekurangan kerana terdapatnya elemen-elemen seperti sikap lalai dan lengah, tiada kemahuan yg bersunguh-sungguh dalam mata pencarian, tiada kekuatan cita-cita, kurang kesedaran, berpandangan sempit, berserah pd nasib, taksub, pendengki, kurang semangat tolong menolong, kurang menggunakan akal fikiran, pemboros dan suka berhutang....